Search This Blog

Sunday, 2 October 2016

Realiti Islam

Tamadun Islam dibangunkan berpandukan dua sumber iaitu sumber ketuhanan dan kemanusiaan. Sumber ketuhanan  yang utama iaitu Al- Quran dan Sunnah. Sumber kemanusiaan pula merupakan sumber sampingan seperti ijtihad iaitu kaedah yang digunakan untuk mengetahui sesuatu hukum yang tidak terdapat dalam Al-Quran dan Sunnah, khazanah tamadun dan budaya lain. Terdapat tiga dasar asas tamadun Islam iaitu akidah, syariah dan akhlak.

Akidah ialah kepercayaan dan keimanan kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak. Aspek keimanan dalam Islam yang digariskan mempunyai enam aspek utama iaitu Allah, malaikat, rasul, kitab, hari kiamat serta qada’ dan qadar. Akidah dalam tamadun Islam berpandukan kepercayaan hanya kepada Allah dan tidak bercampur dengan ajaran lain. Secara rasionalnya, tamadun Islam menolak segala cara kehidupan yang tidak bersesuaian dengan realiti dan menolak percanggahan akal dengan wahyu. Tamadun Islam lebih terbuka dengan penemuan baru. Dari segi toleransi pula, tamadun Islam berlandaskan prinsip akidah dan syariah.

Syariah ialah undang-undang dan peraturan serta ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah dalam Islam. Secara keseluruhannya, syariah dalam Islam mempunyai banyak keistimewaan kerana syariah Islam sangat sempurna dan sesuai dengan kehidupan manusia. Syariah juga bersifat universal, sepadu dengan urusan dunia dan agama dengan bermatlamatkan untuk mendapat reda Allah. Undang-undang Islam ini juga lengkap dari segala segi, bersifat tetap dan tidak berubah-ubah.

Akhlak pula ialah sikap rohaniah yang memuliakan perbuatan manusia terhadap Allah, terhadap diri sendiri dan makhluk lain. Kesempurnaan akhlak meliputi akhlak terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, alam dan yang paling utama ialah akhlak terhadap Allah. Tamadun Islam banyak mengubah akhlak manusia menjadi lebih baik dari sebelumnya dan situasi ini banyak mengutamakan cara kehidupan manusia dan bagaimana manusia menjalankan kehidupan sebagai makhluk di bumi Allah.

Sesungguhnya, terdapat banyak pencapaian  dan sumbangan yang berlaku dalam tamadun Islam. Pencapaian-pencapaian ini jelas dapat dilihat melalui aspek akidah tauhid, politik, ekonomi, sosial, kesenian dan ilmu pengetahuan. Dalam bidang ilmu pengetahuan, telah lahirnya ramai ilmuwan Islam dalam bidang astronomi, matematik, kejuruteraan, biologi, perubatan Islam dan fizik seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Ibnu Batuta dan banyak lagi.


Secara kesimpulannya, tamadun Islam telah membuktikan kemajuan telah banyak berlaku melalui agama Islam iu sendiri. Tidak dapat disangkal lagi bahawa Islam sememangnya sebuah agama yang unik dan mememenuhi setiap ruang dan keperluan penganutnya yang datang dari pelbagai warna kulit dan negara.

Pandangan semesta tamadun Islam

Pandangan semesta tamadun Islam terkandung dalam ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Pandangan ini tidak terbatas kepada sesuatu bangsa , suku, kaum, warna kulit dan sebagainya bahkan meliputi semua aspek kehidupan manusia dan alam. Sesungguhnya ajaran Islam sememangnya memenuhi dan mencakupi seluruh kehidupan yang sangat sempurna. Terdapat tiga aspek yang telah digariskan iaitu keimanan, kekuasaan dan kemanusiaan.

Aspek keimanan menjurus kepada beriman kepada Tuhan yang Esa dan kepercayaan ini menjadi asas kepada pembinaan tamadun Islam. Sesungguhnya, aspek kepercayaan dalam Islam tidak sama dengan aspek kepercayaan yang diamalkan oleh agama lain di serata dunia. Aspek keimanan dalam Islam  mengutamakan ketauhidan yang berdiri tegak mengikut lunas-lunas Al-Quran yang memenuhi setiap ruang, kaedah dan kehidupan penganutnya. Konsep kepercayaan, ketundukan dan kepatuhan kepada Allah berada dalam lingkungan menurut segala perintah Allah dan meninggalkan perkara yang dimurkai olehNya.

Aspek kekuasaan pula bermaksud manusia adalah pemegang amanah dan penggerak tamadun. Aspek ini dapat mengawal sebarang bentuk penyelewengan, penindasan dan kezaliman. Dalam ajaran Islam, sudah dijelaskan bahawa Al-Quran sebagai rujukan dan kitab yang menjelaskan Allah sebagai pencipta, penguasa dan pemilik mutlak alam ini termasuk manusia itu sendiri. Manusia hanya khalifah di muka bumi ini dan pelanggaran kepada ajaran Islam akan membawa kepada kebinasaan. Manusia perlu patuh dan megikuti segala ketetapan hukum Allah dan prinsip-prinsip syariat yang telah ditetapkan.

Aspek yang ketiga ialah aspek kemanusiaan yang membawa maksud manusia adalah makhluk Allah yang bererti diberi tanggungjawab serta kewajipan yang tertentu dan perlu dilaksanakan sebaiknya. Dalam ajaran agama Islam telah menjawab persoalan konsep kemanusiaan seperti dari mana kita datang dan pergi serta mengapa kita diciptakan. Persoalan-persoalan ini jelas dijawab dalam Al-Quran dan hadis yang menjadi pegangan utama penganut agama Islam. Konsep masyarakat mengikut Islam sangat terperinci kerana memenuhi hak setiap penganutnya seperti mengutamakan hak sama rata, hak untuk hidup, hak untuk berfikir dan beragama, hak untuk bebas, keadilan dan kehakiman serta maruah dan hak peribadi.

Sebagai kesimpulan, jelaslah bahawa konsep tamadun Islam dibina atas dasar al-din iaitu cara hidup yang sempurna dan memenuhi setiap aspek kehidupan manusia.  Tamadun Islam juga ditegak atas asas akidah, syariah dan akhlak yang terbaik serta mementingkan pencapaian rohani, akhlak dan material. Sesungguhnya, agama Islam telah menjadi asas pembinaan tamadun Islam yang menjadi penggerak kemajuan umat itu sendiri.


Kenali Islam

Tamadun  dari segi bahasa ialah civilisation dan al-madaniyyah. Dari segi pengertian pula, tamadun bererti kehalusan budi pekerti dan pembangunan bandar. Bahasa arab banyak memperjelas maksud tamadun iaitu kehalusan budi pekerti dan kesopanan tingkah laku. Madana, Madinah dan Madani merupakan perkataan-perkataan bahasa arab yang berkaitan dengan tamadun. Madana misalnya bererti memperhalusi budi bahasa dan memperelok tingkah laku manakala Madinah ialah nama sebuah bandar. Madani pula ialah orang yang berkelakuan seperti orang bandar, bersifat halus dalam budi bahasa dan beradab sopan dalam tingkah laku.
Melalui pengajian yang disampaikan, terdapat dua orang tokoh terkenal yang telah mengkaji mengenai tamadun Islam iaitu  Ibnu Khaldun dan Syed Qutb. Ibnu Khaldun menjelaskan bahawa tamadun ialah gaya peradaban dan meliputi segala kehidupan termasuk rohani, fizikal, spiritual serta fitrah. Syed Qutb pula menjelaskan bahawa Islam bukan sahaja sekadar kerohanian malah Islam meliputi semua aspek kehidupan manusia. Beliau juga mengatakan bahawa Allah telah mengutuskan Nabi dan Rasul untuk mengajak manusia ke jalan yang benar.
Sebelum kedatangan Rasulullah sebagai pembawa ajaran agama Allah, realiti Islam yang sebenar ialah menjauhi dan menyimpang dari ajaran yang benar. Golongan kuat akan menindas golongan yang lemah dan perhambaan kepada Allah telah bertukar kepada manusia. Islam diturunkan adalah bagi memperjelas akidah yang satu, menjelaskan peraturan hidup manusia, menjadi pelengkap kepada syariat yang terdahulu serta memperbetul kepercayaan serta ubudiyah.

Kesimpulan kepada pengajian ketamadunan ini ialah, sudah jelas terbukti bahawa tamadun merupakan satu pencapaian dan penerokaan manusia dalam perlakuan, pemikiran dan penciptaan. Pengajian ini juga menjelaskan bahawa kewujudan tamadun membuktikan pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku dan budi bahasa manusia berubah kepada yang lebih baik. 

Thursday, 15 September 2016

Bertudung, tetapi berpacaran?


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamua’laikum pembaca sekalian. Apa khabar? Sihat harini? Moga dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah. Malam yang hening ni, sis Dina nak berkongsi mengenai satu post yang sis Dina baca di instagram. Pemilik kepada instagram ni namanya Wanita Salihah. Sis Dina memang suka baca post-post dari pemilik instagram ni. Dakwah depa, MashaAllah, menusuk jiwa membelah kalbu. Boleh tersedak tin biskut. Kalau tak tersedak, sis tak tau la. Hmm. Dalam satu post ni, ada ditulis …

“KAKAK BERJILBAB (BERTUDUNG), KOK PACARAN (COUPLE)? MAAF, AGAMA KAKAK APA YA?”

Ha… Nampak tak key point di situ? Okay, apa yang sis nak ketengahkan dalam post kali ni ialah, di mana letaknya ajaran Islam dalam diri kita ni kalau kita sering ikut budaya barat? Rasulullah S.A.W tak pernah ajar umatnya untuk couple. Berapa ramai remaja yang couple, percintaan mereka kekal ke akhir hayat? Adakah percintaan tu diredai Allah? Kita, sebagai muslim dan muslimah, sepatutnya, menjadikan ajaran Islam sebagai panduan hidup. Dalam Al-Quran takkan memberi seruan untuk couple. Dan dalam hadis pun tak pulak cakap keharusan couple ni. Bagaimana orang bukan Islam nak tertarik dengan agama kita kalau penganutnya sendiri menunjukkan contoh yang tidak baik? Banyak persoalan yang sis timbulkan.  Jawapannya, ada dalam diri kita sendiri. Kita, masing-masing meningkat dewasa. (yela, manada orang semakin berkurang umur). Bila makin dewasa, kita boleh berfikir, apa yang baik dan apa yang buruk. Mampu menilai apa yang terbaik. Sudah indah ajaran Islam tu sendiri. Agama Islam adalah agama yang suci. Jangan cemarkan kesucian agama ni dengan tingkah laku kita yang tidak baik. Yang data nama, sapa lagi kalau bukan Islam. Jagalah nama baik agama kita. Kalaulah Rasullullah  S.A.W masih ada, pasti baginda akan sedih melihat umatnya sekarang. Sama-samalah kita berubah menjadi hambaNya yang istiqamah dalam mengejar keredaanNya. Syurga itu mahal. Mana mungkin sesuatu yang mahal mudah diperoleh tanpa pengorbanan yang besar. Untuk mendapatkan sesuatu yang high class, perlukan pengorbanan yang tinggi dan istiqamah sangat penting. Moga Allah amounkan dosa-dosa kita. InshaaAllah.

‘ Sesungguhnya, Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.’
-Al-Kahfi;18:7

Tuesday, 13 September 2016

Tawakkalkah kita kepada Allah?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Iman, iman, sihat harini? Masih sado mengejar Ilahi? Ha, harini sis Dina nak kongsi tentang tawakkal. Tau apa itu tawakkal? Tawakkal itu ertinya berserah kepada Allah. Dalam perjalanan hidup ni, perlukan tawakkal. Namun, tawakkal perlu di dahului oleh usaha. Tanpa usaha, apa gunanya tawakkal? Dalm surah At-Tallaq ada Allah berfirman , "Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya daneninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkan). Serta memberinya rezeki yang tidak terlintas dihatinya. Dan (ingatlah) sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah maka Allah cukuplah baginya ( untuk menolong dan menyelamatkannya) Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa berlakunya sesuatu perkara." Di sini jelas terlihat bahawa sesiapa yang bertawakkal kepada Allah sepenuh hati, akan Allahembantunya dalam setiap perkara. Dalam apa jua urusan yang kita lakukan contohnya menfhadapi peperiksaan, apabila kita dah usaha, serahkan pada Allah. Akan Allah mengurniakan sesuatu mengikut kelayakan personaliti hamba-hambaNya. Usaha dan tawakkal adalah gabungan yang hebat. In shaaAllh, takkan Allah sia-siakan usaha kita. Mana mungkin adik-adik usaha A, tapi Allah bagi B kan. So, bersangka baik itu penting. Hmm..maaflah.. Fah bercampur aduk segala benda. Dalam kehidupan  k, telah Allah rancang seindahnya untuk para hambaNya. Cumanya, kita yang perlu bijak memilih cabang perjalanan untuk sampai ke destinasi yang diimpikan. Berdasarkan pengalaman sis sendiri, banyak laluan yang sis dah masuk dan sis dah faham betapa kebergantungan kepada Allah sangatlah penting. Kadang-kadang sesuatu yang kita impikan tak semestinya akan tercapai. Nak tau kenapa? Sebab, "wamakaru wamakarallah wallahukhairul maakirin". Kita merancang dan Allah juga merancang tetapi, Allah adalah sebaik-baik Perancang. Oleh itu, dalam hidup ni, setelh berusaha, serahkan padaNya. Biar Dia yang uruskan segalanya. Kerana, Dia tahu apa yang terbaik buat kita. Ayat seribu dinar yang sis kongsikan tadi, boleh amalkan 3 kali setiap kaai selepas solat fardhu. Berdoa bersungguh sungguh agar Dia selalu menuntun langkah kita kemana saja kita berada. Moga diri kita tergolong dalam kalangan mereka yang sentiasa bertawakkal kepada Allah. In shaaAllah.


Cinta dan ilmu

Dengan NamaMu Ya Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Apa khabar iman harini? Sihat atau tenat? kalau sihat, Alhamdulillah. Kalau tenat, sama-sama kita makan supliment rohani supaya iman kembali sado bertenaga mengejar cinta Allah. Harini, sis dina nak kupas mengenai cinta dan ilmu. Hmm.. topik hangat ni. Cinta sering dikaitkn dengan ilmu. Tetapi, ketahuilah adik-adik, bahawa ilmu adalah cahaya dan cinta terhadap ajnabi adalah maksiat. Cahaya mana mungkin mmpu bersinar dalam hati yang gelap dengan maksiat kan. Jadi, apa yang patut kita lakukan. Ha, sebaiknya, tajdid niat kerana apa kita menuntut ilmu di dunia ni. Adakah kerana Allah? Kalau kerana Allah, mesti sukar untuk kita terpengaruh dengan cinta ajnabi ni. Keduanya, kalau adik-adik bercinta semasa study, adik-adik berapa percent adik boleh dapat kelutusan cemerlang? Sedangkan adik-adik sibuk mesej, whatsapp, telegram wechat bagai. Hmm.. susah nak fokus. Masuk kelas pun asyik teringat dia. Aduh, parah ni ni. Allah sudah menggariskan kelebihan orang yang menuntut ilmu ni. Salah satunya terdapat dlm surah yusuf ayat ke 76 dimana Allah berfirman bahawa Allah akan mengangkat pangkat org yg berilmu pengetahuan yakni sesiapa sahaja yg dikehendakiNya. Hmm... dalam perjalanan menuntut ilmu ni, jangan cemarkan dengan cinta. Fokus dahulu dengan ilmu. Macam sekarang pun, sis dina still lagi belajar dan sedang berjuang untuk kuat di sini kerana Allah. Sama-sama kita perbetulkan niat menuntut ilmu ni. Tak kisah la ilmu linguistik melayu ka, bahasa arab ka, pengajian islam ka, yg penting, betulkan niat, "Di sini aku melangkah menuntut ilmu kerana Allah". In shaaAllah, semoga Allah mudahkan perjalanan kita semua. Ingat pesanan sis dina, ilmu dan maksiat jangan dicampur dalam satu hati ya. Cintailah yang halal, yang halal dan yang halal. Wallahu a'lam bissawab. Sis hanya berkongsi. Jika tersalah harap dimaafi dan mohon teguran dari pembaca. Moga istiqamah dalam perjuangan mengejar Allah. Infiru !!!

Sunday, 11 September 2016

Rindu buatmu sahabat.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Buatmu sahabat yang sangat aku rindui, cukup dapat ku dengar suara merdumu, memadai untukku melepaskan rindu dihati. Walau belum sempat bersua muka, namun rasa ini tidak pernah hilang ditelan masa berlalu. Kini, sudah hampir dua bulan tidak ku dengar berita darimu. Moga Allah tautkan kembali ukhuwah ini dan aku begitu berharap kita dapat kembali menjadi seperti dahulu. Aku yakin, pertemuan itu ada dan sangat aku perlu, mendengar segala cerita agama kita darimu. Aku menunggu. Moga dirimu dalam jagaan Allah selalu. Dirimu bagaikan mutiara yang sangat indah. Mana mungkin aku sanggup merosakkan kejernihan mutiara itu hanya kerana satu hasrat. Hanya kepada Allah aku harapkan, agar Dia selalu membalut luka di hati ini. Sahabatku, terima kasih atas kenangan lalu. Walaupun hanya dalam mimpi engkau ku temu, aku bersyukur kerana Dia mendengar doaku.

Salam ikhlas dari sahabatmu,
                  دينا