Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Assalamua"laikum pembaca sekalian..
Cinta.. Sememangnya cinta suatu perkara yang amat indah. Seringkali dikaitkan dengan percintaan antara sepasang kekasih yang sangat mengasyikkan. Namun, adakah itu dinamakan cinta sebenar? Apakah yang dimaksudkan dengan cinta? Cinta sebenarnya boleh diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu cinta kerana nafsu dan cinta kerana Allah. Cinta kerana nafsu ialah di mana sepasang kekasih tidak mampu untuk berjauhan atau tidak berhubung walaupun sehari. Rindu katanya. Satu hari tak contact, MashaaAllah, rasa nak pengsan. Ha, ni lah yang dinamakan sebagai cinta yang berlandaskan nafsu dan hasutan syaitan. Cinta kerana Allah pula bermaksud di mana seseorang itu sanggup untuk menjauhi orang yang disayanginya kerana Allah dan takut akan kemurkaan Allah. Berjauhan lebih baik daripada bermaksiat. Sebenarnya, cinta itu suci. Jangan dicemarkan dengan zina tanpa henti. Sudah Allah beri amaran dalam Al-Quran 'LA TAQRABUZZINA". Jangan kamu dekati zina. Nampak tak betapa besarnya impak zina kepada ummah sampaikan Allah dah beri amaran jangan dekati apatah lagi buat kan. Bercinta antara lelaki dan perempuan itulah salah satu daripada zina yang boleh membawa kepada zina hati, zina mata dan zina mulut. Andai hari ini kita bercinta, bercouple, jangan ditanya mengapa zuriat kita juga akan melakukan perkara yang sama. Tajdid balik niat di hati, apa sebenarnya tujuan kita hidup di dunia. Adakah hanya untuk berseronok dengan apa yang Allah murka? Bagaimana kita hendak menjawab soalan malaikat di alam barzakh kelak ketika malaikat bertanya "MA IMAMUKA?' (SIAPA IKUTANMU), sedangkan kita tidak mengikut ajaran baginda. Baginda Nabi tidak pernah mengajar umatnya bercouple. Siapa yang kita ikut sebenarnya.? Jika hari ini kamu masih menganggap Islam itu agama kamu, tinggalkanlah perkara yang dimurkai oleh Allah. Itulah yang dinamakan pengorbanan demi agama. Jika benar kamu mencintai Islam, mencintai Allah, tinggalkanlah keseronokan dunia yang melalaikan jiwa. Ingat, semakin kamu mendekati kekasih kamu, semakin jauh kamu meninggalkan Allah. Istighfar... Sememangnya sukar untuk berubah, namun jika tidak berusaha, tetap tidak akan memberi apa-apa kesan pada hati yang hitam. Pulanglah padaNya. Dia tidak pernah menjauh.
Cinta itu suci.. Jangan cemarkan dengan cinta dari ajnabi. Wallahu a'lam.
#Wamayyatawakkal a'lallah hi fahuwa hasbuh.
No comments:
Post a Comment