Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
"Mengapa perlu berharap pada manusia? " Satu persoalan yang cukup berat untuk dijawab sebenarnya. Kali ini, sis dina nak kupas mengenai topik pengharapan yang buat sebetulnya. zaman sekarang ramai sangat anak-anak muda bercibtan cintun, sweet sawit sana sini, dan semestinya, mereka saling berharap dapat bersama sampai ke akhir hayat. Iyo dak adik2? Hmm. Soalan klise di sini. Betapa ummah zaman sekarang tidak mengetahui bahawa Allah lah sebaik baik tempt untuk kita berharap. Kenapa perlu berharap pada manusia yang bukan milik kita? Sedangkan diri kita sendiri pun tahu orang yangkita harapkan itu juga milik Allah. Ummah sekarang semakin lupa bahawa berharap pada manusia itu satu penyakit hati yang kritikal. Dan, sepatutnya, meletakkan harapan sepenuh hati kepada Allah. Sebagai satu contoh, si aminah sygkn si amin. Si Aminah berharap agar Amin dapat setia sehingga hujung nyawa dan akhirnya Allah takdirkan mereka putus cinta. Ha, nampak tak kuasa Allah di situ? kecewa adalah salah satu petunjuk bahawa Allah mencemburui hati yang berharap selain padaNya. Jika benar cinta, lepaskan dia kerana Allah. Jangan rosakkan hati dengan cinta yang belum halal dimiliki. Fokus dahulu mengejar Allah. Persiapkan diri menghadapi kematian, dan bukannya persiapkan diri mencari ajnabi ya adik2. ajal dan jodoh itu rahsia Allah. Namun, yang mana satu yang akan muncul dulu? Adakah ajal? Adakah jodoh? Hmm, tepuk dada, tanya iman, adakah masih bernafas? Kembalilah berharap pada Allah. Cinta manusia tidak menjamin syurga sedangkan cinta Allah akan kekal selamanya. hindarkanlah diri dari cinta ajnabi. Bagaimana ummah kini hendak berjaya sedangkan diri sering disogok dengan cinta dunia?? MashaaAllah. Tajdid niat, apa sebenarnya tujuan dihidupkan. Adakah sekadar menjadi pencinta ajnabi sebelum tiba masanya atau pencinta Ilahi? Berharaplah sepenuhnya pada Allah. Tingkatkan mutu ibadah, tingkatkan kecintaan padaNya. Dahulukan cinta Allah, In shaaAllah, cinta manusia bakal menyusul. Ingat, jodoh kita adalah cerminan kita. Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment