Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamua’laikum pembaca sekalian. Apa khabar? Sihat harini?
Moga dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah. Malam yang hening ni, sis Dina
nak berkongsi mengenai satu post yang sis Dina baca di instagram. Pemilik
kepada instagram ni namanya Wanita Salihah. Sis Dina memang suka baca post-post
dari pemilik instagram ni. Dakwah depa, MashaAllah, menusuk jiwa membelah
kalbu. Boleh tersedak tin biskut. Kalau tak tersedak, sis tak tau la. Hmm.
Dalam satu post ni, ada ditulis …
“KAKAK BERJILBAB (BERTUDUNG), KOK PACARAN (COUPLE)? MAAF,
AGAMA KAKAK APA YA?”
Ha… Nampak tak key point di situ? Okay, apa yang sis nak
ketengahkan dalam post kali ni ialah, di mana letaknya ajaran Islam dalam diri
kita ni kalau kita sering ikut budaya barat? Rasulullah S.A.W tak pernah ajar
umatnya untuk couple. Berapa ramai remaja yang couple, percintaan mereka kekal
ke akhir hayat? Adakah percintaan tu diredai Allah? Kita, sebagai muslim dan
muslimah, sepatutnya, menjadikan ajaran Islam sebagai panduan hidup. Dalam
Al-Quran takkan memberi seruan untuk couple. Dan dalam hadis pun tak pulak
cakap keharusan couple ni. Bagaimana orang bukan Islam nak tertarik dengan
agama kita kalau penganutnya sendiri menunjukkan contoh yang tidak baik? Banyak
persoalan yang sis timbulkan.
Jawapannya, ada dalam diri kita sendiri. Kita, masing-masing meningkat
dewasa. (yela, manada orang semakin berkurang umur). Bila makin dewasa, kita
boleh berfikir, apa yang baik dan apa yang buruk. Mampu menilai apa yang
terbaik. Sudah indah ajaran Islam tu sendiri. Agama Islam adalah agama yang
suci. Jangan cemarkan kesucian agama ni dengan tingkah laku kita yang tidak
baik. Yang data nama, sapa lagi kalau bukan Islam. Jagalah nama baik agama
kita. Kalaulah Rasullullah S.A.W masih
ada, pasti baginda akan sedih melihat umatnya sekarang. Sama-samalah kita
berubah menjadi hambaNya yang istiqamah dalam mengejar keredaanNya. Syurga itu
mahal. Mana mungkin sesuatu yang mahal mudah diperoleh tanpa pengorbanan yang
besar. Untuk mendapatkan sesuatu yang high class, perlukan pengorbanan yang
tinggi dan istiqamah sangat penting. Moga Allah amounkan dosa-dosa kita.
InshaaAllah.
‘ Sesungguhnya, Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi
sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di
antaranya yang lebih baik amalnya.’
-Al-Kahfi;18:7
